Bahan-bahan Resepi Pari Panggang
- 10 biji bawang merah
- 10 biji bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 2 bji tomato
- 2 biji lada besar
- serai dalam 3-6 batang bergantung dengan sizenya..
- cili kering dalam 2 genggam
- sedikit belacan..
*blend semua ni..
Cara cara masak Resepi Pari Panggang
Panaskan minyak masukkan bahan blend, asam, gula, garam, aji
Bila da naik minyak masukkan daun limau purut.. bila daun dah layu bole matikn api..
Pes ni memang banyak so boleh letak dalam peti untuk kegunaan hari2 esok.. nak buat malam ni memang sesuai so esok tinggal beli pari dan bakar je
Buat mcm ni.. letakkan pes kat atas bawah depan belakang & tutup daun pisang tu.. saya lapis lagi dengan foil.. jadi xde air ikan tu nanti terkeluar
Lepas tu lekat kat kuali & tutup.. guna api perlahan biar air-air ikan tu terkeluar secara perlahan-lahan
Siappp..!!
Ikan pari yang dah siap masak.. saya suka lembab-lembab macam ni.. kalau suka yang kering boleh panggang x payah tutup kuali ye..
Lepas tu perah limau.. memang nasi 2 3x tambah.. heheheeh
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..