Bahan-Bahan:
Bahan A
1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)
Bahan B
1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)
Cara:
1. Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat. Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jangan letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis dan bawang yang melekat pada bahan-bahan tersebut, kira ok.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga bawang menjadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana sahaja.
3. Bila dah naik bau, letak air sebanyak 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yang telah dipotong-potong tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk). Masak selama 1 minit lagi.
4. Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.
Nyum nyum