Resepi Egg Beef Muffin (macam begedil + murtabak)



Bahan : 

Telur
Lada benggala 
Daging kisar 
Serbuk kari 
Garam 
Cheese ( kalau nak letak ) 
Daun bawang
Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur tu, blend sekali dengan isi ayam ke kan, nak letak udang ke sotong ke sukahati lah 😂


Cara senang sangat !

1) Tumis daging kisar, dah garing sikit masuk serbuk kari tambah daun bawang. 
Settle ? Ok boleh letak tepi.
2) loyang muffin tu, sapukan dengan minyak masak
3) letak lada benggala okay ?
4) lepas tu, boleh letak daging kisar yang sah siap masak tadi.
5) next, letak cheese ( takwajib pun ) tapi letak lagi sedap gitu~
6) pastu, tuang telur tau ?
7) tabur pulak daun bawang atas dia.
8) okay done ! Bakar suhu 180°c , dalam 20 -24 minit.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram