Bahan untuk Nasi Ayam Panggang

4 mug beras basmathi(PUSA)
6 mug air rebusan ayam
2 ketul kiub pati ayam*
3 inci halia*
3 biji bawang putih*
7 helai daun bawang
2 sudu besar minyak bijan
3 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan- di simpul
4 - 5 sudu besar marjerin planta
**Blend @ tumbuk bahan2 yg bertanda ( * )



Cara cara Masak Nasi Ayam Panggang

Mula-mula masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yang telah di blend dan biar naik bau.

Kemudian masukkan bunga lawang, daun bawang dan daun pandan...

Bila dah layu sikit masukkan minyak bijan.

Kacau-kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam mengikut sukatan beras ye.. biarkan hingga nasi masak.



Bahan Untuk Sos Perapan Ayam Panggang:

1 ekor ayam - kerat 4 dan cuci bersih
7 sudu besar sos marinade ayam lee kum kee
1 sudu besar serbuk chinese five spice mc cormick
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk chicken seasoning mc cormick
5 sudu minyak jagung



Caranya buat sos perap ayam panggang

Ayam yang telah di toskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar... gaulkan ayam dengan semua bahan perapan..

Sapu rata dan biarkan 1- 2 jam.... selepas ayam diperap.. Susun ayam dalam tray yang sesuai, tinggalkan bahan-bahan sos perapan yang lebih tu... kemudian bolehlah bakar ayam dalam oven selama lebih kurang 1 jam 15 min pada suhu 200c..

Baki sos perapan yang masih ada lebih tadi jangan buang ye... Setiap 20 minit keluarkan sekejap ayam dan sapukan ayam dengan lebihan sos perapan tadi, sehingga selesai bakar.. (anggaran dalam 3-4 kali sapu sepanjang proses bakar ayam tu..)

Agak-agak warna ayam dah bertukar coklat gelap dan kulit ayam nampak berminyak berkilat boleh diangkat ye..



Bahan Untuk Sup Nasi Ayam Panggang

4 ulas bawang putih - di mayang
3 inci halia - di mayang
2 bungkus sup bunjut
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 keping kecil asam keping
Air rebusan ayam secukupnya


Caranya cara buat sup nasi ayam panggang

Mula-mula buat air rebusan ayam…(masukkan air,sedikit daun bawang, halia & beberapa ulas bawang putih yang diketuk kasar).. tutup periuk dan masak hingga didih...

Selepas air mendidih, masukkan ayam...biar ia masak selama 20 minit... selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan...

Panas periuk dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia & sup bunjut hingga naik bau ye.. Masukkan serbuk lada sulah.

Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi... kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa...masak hingga didih...perasakan sup. (masukkan 1 kiub pati ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)



Bahan Untuk Sos Cili Nasi Ayam Panggang

10/15 biji cili api merah - optional
6 biji cili merah
1 biji tomato- kerat kasar
2 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi @ limau nipis- perah
1 sudu tomato sos
3 sudu cili sos
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya


Caranya cara buat sos cili

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)



Bahan Untuk Kicap Nasi Ayam Panggang
.
- 2 ulas bawang putih
- kicap manis secukupnya
- air rebusan ayam secukupnya
- 1 sudu besar sos tiram
- tepung jagung di campur dgn air secukupnya (untuk pekatkan)
- sedikit gula

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung).. selepas blend isi dalam periuk dan panaskan atas dapur... agak-agak dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya..(untuk memekatkan kuah)



Bahan Hiasan Nasi Ayam Panggang

Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun





Selamat mencuba..😍
Jangan lupa share..😘