Resepi Marble Cake El Nino Pantas

Resepi Marble Cake El Nino!! (SbS)


125g butter/ marjerin - cairkan di atas api kemudian ketepikan & sejukkan.



4 biji telur + 120g gula aising + 1 esen vanilla sudu kecil - putarkan sehingga kembang.



1 sudu besar ovallet - putarkan sehingga gebu.



125 g tepung superfine - gaul sebati guna spatula atau senduk kayu sahaja.

(kalau nak guna tepung gandum boleh juga + 2 sudu kecil baking powder - ayakkan dahulu)



2 sudu besar susu pekat manis + butter yang dicairkan tadi - gaul sebati guna spatula atau senduk kayu sahaaj.



Bahagikan adunan kpd 2 bahagian

1 bahagian campurkan 1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar coklat emalco.



1. loreskan loyang guna planta atau loreskn guna minyak.

2. lapikkan kertas minyak di tapak loyang

3. masukkan adunan secara berselang seli - kemudian lorekkan di atas permukaan kek guna lidi.

4. bakar suhu 160-170 - masa 40-50 minit mengikut oven masing-masing.



Taraaa... kek dah siap bakar..

Rekaahan kek seperti tanah-tanah kering yang merekah kesan dari el nino.. huhu

tunggu kek sejuk baru potong ye.. kalau potong panas-panas nanti kek hancur..

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..



Terbaru Lebih lama
Join us on telegram