Nasi Lemak Special & Sambal Tumis Ikan Bilis Best!

Nasi Lemak Special & Sambal Tumis Ikan Bilis!!


Bahan-bahannya: ( 4 orang )

  • 2 mug beras - dicuci bersih
  • 1/2 mug santan pekat
  • 2 mug air - ikut jenis beras
  • 1 biji bawang putih - di mayang halus
  • 1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil garam
  • Sehelai daun pandan
  • Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau


Cara penyediaannya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
  3. Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
  4. Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
  5. Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...
  6. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda.

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahannya:

  • 2 cawan ikan bilis - digoreng
  • 15-20 tangkai lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
  • 15 ulas bwg merah
  •  6 ulas bwg putih
  • belacan sebesar duit 50 sen
  • semua bahan di atas diblend kecuali ikan bilis
  • 1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
  • 1 sudu teh garam
  • secubit pak aji
  • 5 sudu makan gula
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaannya:

  1. Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau
  2. Tumis biar lama sikit supaya hilang rasa lada tu.
  3. Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
  4. Bila dah masak tutup api.
  5. Tunggu sejuk baru masukkan ikan bilis. Ini supaya ikan bilis masik garing bila dimakan.
  6. Selamat mencuba.!!!

Terbaru Lebih lama
Join us on telegram