CONGO BARS
Bahan-bahan :
315 gm tepung gandum
2 1/2 st baking powder
1/2 st garam
150 gm butter
300 gm gula perang
3 biji telur
1 st esen vanilla
250 gm coklat cip
1 cawan badam slice (yg telah dipanggang)
Cara-cara :
1. Masukkan butter, gula perang, telur dan esen vanilla. Pukul sehingga kembang.
2. Masukkan pula tepung gandum, baking powder dan garam yang telah diayak. Gaul sehingga sebati.
3. Akhir sekali, masukkan coklat cip dan badam. Gaul rata.
4. Masuk adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit sehingga masak.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong dan dihidang.