MrJazsohanisharma

Resepi Dorayaki Mudah

KUIH DORAYAKI

BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 sudu besar madu
2 biji telur
3 sudu besar air
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
Pes kacang, coklat, strawberry, blueberry dll - sebagai inti

CARA:-

1- Masukkan telur dan gula ke dalam pemutar kek. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga kembang.

2- Masukkan madu, minyak dan essen vanilla. Guna kaedah kaup balik menggunakan sudip (termasuk langkah 4 dan 5).

3- Ayak bersama tepung dan baking powder.

4- Masukkan tepung (langkah 3) ke dalam mangkuk adunan (langkah 2) sedikit demi sedikit.

5- Masukkan air supaya adunan tidak begitu pekat.

6- Simpan adunan dalan peti sejuk selama 15 minit.

7- Panaskan kuali leper/non stick pan.

8- Ambil satu senduk adunan, tuangkan di atas kuali leper. Leperken sedikit supaya bahagian dalam kuih cepat masak.

9- Balikkan kuih supaya bahagian atas pula masak.

10- Selepas anda mengeluarkan kuih dari kuali leper, letakkanlah pes kegemaran anda di atasnya sementara kuih masih panas.

11- Letakkan sekeping lagi kuih di atasnya semasa ia masih panas.

12- Kuih Dorayaki sedia untuk dinikmati.
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram