Bahan Bahan Kuih Karas Sedap
1 kg tepung beras
720 gm gula putih
750 ml air
1 1/2 liter minyak masak
Cara Buat Kuih Karas Sedap
1. Masukkan air ke dalam periuk.
2. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
3. Bila sudah sejuk, masukkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati (seperti bancuhan goreng pisang).
4. Panaskan minyak, masukkan bancuhan ke dalam acuan karas dan bentukkan di dalam kuali.
5. Goreng sehingga warnanya kekuningkuningan. Balik-balikkan dan angkat.
Share resepi ni ye :)