Resepi Sup Tulang Thai Kaw!


Bahan Bahan Sup Tulang Thai
1 kg tulang dan daging lembu(rebus)
1 batang saderi (hiris)
3 helai daun limau purut ( buang urat tengah, sebab tak nak kuah jadi pahit)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 batang serai (ketuk)
1 batang lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi (ikut rasa ) 
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

BAHAN TUMBUK :
Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/ketumbar/jintan manis
** Daun ketumbar dan lime juice 


Cara Buat Sup Tulang Thai
1. Rebus 1 kg tulang dan daging sehingga empuk. 
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2 sudu besar rempah sup, , masak sehingga naik bau . 
3. Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
4. Kemudian masukkan tomato, dan garam scukup rasa . siap 
5. Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice ...

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram