MrJazsohanisharma

Resepi Bahulu Gulung Terbaik

BAHULU GULUNG


Bahan..

90 g / 3/4 cawan / 9½ sb tepung gandum (diayak)

3 biji telur A

5 sb gula halus

1 sdt esen vanilla / jus lemon

2 sb jem nenas dll

Sedikit gula halus utk taburan


Cara..

1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180°C.

2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak).

3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik. (kaup tepung dgn perlahan shj)

Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.

4. Bakar pd tetingkat atas (high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan (jika menggunakan suhu 200°C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180°C, dan bakar lg selama 5 minit).

5. Walau bagaimanapun, kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. Jadi, hrp2 dpt adjust sendirilah yer.

6. Panaskan jem sehingga cair.

Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.

7. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.

Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.

8. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram