Resepi Kek Gulung Dam Sedap

KEK GULUNG DAM


Bahan A :

6 biji telur

30gm ovalette

120gm gula kastor


Bahan B (diayak) :

120gm tepung kek

20gm tepung jagung


Bahan C :

50ml minyak jagung

½ sudu teh perisa vanila


Bahan Krim Mentega :

250gm mentega

100gm gula aising

½ sudu teh perisa vanila


Cara-cara :


1. KRIM MENTEGA : Putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkrim. Ketepikan.


2. KEK : Kesemua bahan A diputar sehingga kembang.


3. Masukkan bahan B, gaul hingga sebati dan putar lagi sehingga kembang.


4. Akhir sekali masukkan bahan C. Bahagikan adunan kepada empat bahagian.


5. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna hijau, coklat, merah jambu dan satu bahagian tanpa pewarna.


6. Masukkan ke dalam loyang yang berlainan (4 biji dulang) dan bakar pada suhu 180°C sehingga masak.


7. Apabila masak, keluarkan dan sapukan dengan krim mentega. Susun kek yang bewarna di dalamnya secara berselang-seli. Gulung supaya padat.


8. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong.


Terbaru Lebih lama
Join us on telegram