Bahan-bahan :
3 biji telur saiz A
1 1/2 cawan tepung gandum-ayak
3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil baking powder-ayak
2 sudu besar susu pekat
3/4 horlicks
1 sudu besar ovellet
Secubit garam
100 ml butter-cairkan
150 ml susu cair
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu kaya
Pewarna merah, hijau, coklat chip
Cara-cara :
1. Pukul telur dengan gula hingga gebu, masukkan ovellet dan pukul lagi sampai sebati.
2. Masukkan bahan yang diayak selang seli dengan susu cair, butter cair, dan kaya. Putar perlahan.
3. Mula2 amik adunan, buat warna merah dan tabur coklat chip.
4. Kukus dulu yang warna merah dalam 15 minit. Bila dah masak sikit, bubuh yang berwarna putih asli tu, kukus lagi.
5. Ambik adunan lagi dan bubuh warna hijau, kukus sampai masak.