Resepi Sayur Terung Bakar Sambal Asam


Bahan Bahan Sayur Terung Bakar Sambal Asam

Bahan Untuk Terung:
3 biji Terung 
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

Bahan Sambal Asam:
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati 
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam 
2 sudu gula


Cara Masak Sayur Terung Bakar Sambal Asam
-Terung di bersihkan,belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam,garam dan minyak zaitun.Biarkan dalam 10 minit.
-Blend cili api,cili boh,bawang putih,bawang merah dan tomato.
-panaskan minyak dan tumis bahan blend,masukkan sos cili ,bawang besar dan garam serta gula,akhir sekali masukkan air asam jawa.
-kalau nak pekat biarkan lama sikit.ok dah siap sambal asam.
-terung grilkan je atas nonstick pan ,senang hehehe macam gambar kat bawah,grill la stakat mana kita mahu,tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram