Bahan-bahan kuih qasidah:-
· 3 cawan tepung gandum
· 1 cawan gula pasir(boleh lebihkan kalau suka manis)
· 7 cawan air
· 10 ulas bawang merah(dihiris)
· Sedikit minyak untuk menggoreng bawang
Cara-caranya buat kuih qasidah:
· Goreng bawang merah hingga garing. Ketepikan.
· Bancuh tepung gandum dan gula pasir dengan 2 cawan air sedikit demi sedikit sampai cair.(Jangan sampai berketul, kalau berketul kena tapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk).
· Letakkan adunan tepung tadi atas api dengan api yang sederhana. Kacau hingga bancuhan tadi pekat dan likat(semasa kacau tadi hendaklah masukkan 5 cawan air tadi sedikit demi sedikit) Pastikan adunan tadi sentiasa dikacau kerana ia akan bergentel-gentel jika tidak dikacau.
· Kacau hingga masak (dah tahu adunan kuih itu dah masak ke belum, letakkan sedikit di atas piring yang berisi sedikit minyak, kalau ia dah lekang/tanggal atau tak melekat pada piring bila disentuh bermakna dah masak)
· Griskan loyang anda dengan sedikit minyak.
· Masukkan adunan tadi, dan taburkan bawang goreng ke atasnya. Siap ! 😍
Selamat mencuba resepi kuih qasidah ini