Resepi Pancake Coklat Nutella




Bahan-bahan:
3/4 cwn susu
2 sudu besar white vinager - cuka makan biasa pun boleh
2 sudu besar butter - melted 
1 biji telor
1 cwn tepung
1sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam 
2 sudu besar gula
1 sk esen vanila.

Bahan sapuan (inti)
Coklat Nutella 
Buah berry



Caranya:

1. Campurkan susu dengan cuka dan biarkan sekejap.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan kering dan ayak
3. Whisk kan melted butter dan telor dengan susu+cuka. Kemudian masukkannya ke dalam bahan-bahan kering. Whisk lagi sehingga sebati dan 'lumps' hilang.
4. Panaskan kuali- guna kuali leper yang tak melekat. Klu kuali melekit letak la minyak.  terus tuang aje.
5. Kalau letak esen vanila, api kena kecik kalau tak nanti pancake hitam...
6. Admin tuang satu senduk adunan ke dalam kuali leper dan biarkan sehingga gelembung hilang dan baru terbalikkan sekejap baru letak nutella dan angkat.
7. Taburlah lagi coklat dan buah, mmg sedap!

Siap, boleh makan panas2, masa coklat memeleh tu! Sedap gila!

Selamat mencuba resepi pancake coklat nutella
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram