Resepi Pizza Kuali Sempoi Tapi Sedap



BAHAN-BAHAN DOH PIZZA KUALI

  1. Tepung gandum 6 cawan
  2. Air 2 cawan
  3. Mauripan separuh peket
  4. Minyak masak 2 sudu
  5. Gula 1 sudu
  6. Secubit garam
*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit 



BAHAN TOPPING PIZZA KUALI

Sos pasta tradisional-jenama bebas.

Boleh letak macam-macam topping,

Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood



CARANYA BUAT TOPPING PIZZA KUALI

Tumis bawang, bila dah wangi.. masukkan bahan basah yang lain. perasakan dengan garam dan lada hitam - ketepikan.



CARA MEMBUATNYA:

1. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lps 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.

2. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

3. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.

4. Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.

5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.

6. Kalau suka kerak pizza tu rangup, boleh masak kedua-dua bahagian, kalau nak lembut macam roti, masak lapisan bawah je.

7. Ratakan sos pasta, bahan-bahan topping pizza,cheese dan biarkan atas api dalam 3-4 minit lagi untuk cairkan cheese.. Siap.. Makan panas-panas.. Nyum-nyum..






Hidang panas-panas... Fuhhh...merecikk... :P

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Terbaru Lebih lama
Join us on telegram