Resepi Daging Dendeng Belado Original

Resepi Daging Dendeng Belado




BAHAN BAHAN RESEPI DAGING DENDENG BELADO


1 kg daging batang pinang (hiris-hirins daging... jangan terlalu kecik..)
Halia 
Bawang Putih
Kunyit Hidup sedikit
Bahan-Bahan Untuk Lada:
Bawang Besar
Tomato/Asam Jawa/Limau Kasturi
Lada Merah 
Garam
Gula ( sedikit sahaja)
Perasa

*blend lada, bawang, tomato (jika nak pakai tomatola... kaalu nak pakai Asam atau Limau letak waktu menggoreng lada nanti.. Tak payah campur
*bagi yang baru try nak buat.. Tak payah la pakai asam atau limau ye.... lain jadinya.... takut terkurang tak pun terlebih....


CARA BUAT RESEPI DAGING DENDENG BELADO


1. Daging yang dihiris tu perlu direbus dengan bahan kisar dan letakkan garam
2. Bila daging dah menyerap semua bahan-bahan kisar tadi... angkat
3. Tumbuk daging tersebut dengan batu lesung la..... agak-agak ye.. jangan hancur lumat pulak..
4. Lepas semua siap ditumbuk.. panaskan minyak dan goreng....

*kalau suka daging ni dimakan kering lamakan masanya, jika sebaliknya cukup laa warna keperangan.... Jangan risau daging ni memang dah masak.... sebab dia menjalani proses rebusan tadi... ok letak tepi daging tadi.... sekarang kita buat lada...



CARA BUAT KUAH BELADO

1. Panaskan Minyak (gunakan minyak menggoreng daging tadi)
2. Hiriskan bawang dan goreng bersama minyak yang panas....(bagi sape yang tak suka banyak bawang tak payah ikut proses ni ok sebab lada tadi dah di kisarkan bawang sekali)t
3. Setelah bawang bertukar warna masukan lada yang diblend tadi....(bo leh laa masukkan asam jawa atau limau jika tak menggunakan tomato)
4. Masukan garam dan serbuk perasa jika mahu. (berapa banyak lada yang digunakan? lagi banyak lagi pedas.... ikut la kesesuaian daging) 
5. Tunggu sehingga minyak naik... tu tandanya dah masak
6. Bagi yang tak suka minyak banyak.. buangla minyak yang berlebihan tadi.. tapi jangan buang semua sebab nanti tak sedap kat daging...
7. Masukkan daging tadi ke dalam lada yang sudah masak. Gaulkan, siap untuk dihidang..

Selamat mencuba..
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram