MrJazsohanisharma

Resepi Fettucine Alfredo Berkrim Sedap


Fettucine alfredo with mushrooms and frankfurter..
Taburkan lagi daun parsley sebagai hiasan pembangkit selera..



Bahan-bahan:-

200 gram - fettucine direbus dan ditoskan.

7 btg - smoked frankfurter dihiris 
(boleh tukar dengan hirisan isi ayam / beef strips / peproni atau apa-apa yang suka)

4 sudu besar - butter

5 biji - cendawan portobello dihiris ( mila guna shitake)

1 sudu kecil - basil

5 ulas - bawang putih dicincang

10 gram - daun parsley (mila guna italian parsley)

250 ml- whip cream

250 gram- parmesan cheese diparut 

Tiada di gambar 

1 sudu besar olive oil (mila guna minyak masak)

Garam secukupnya

Air 2 cawan




1) Panaskan kuali, cairkan 1 sudu butter.




2) Kacau goreng cendawan seminit dua.




3) Masukkan bawang putih dan gaul rata hingga naik bau. Tambah olive oil (mila guna minyak masak je) satu sudu makan. (Tiada gambar)




4) Masukkan satu sudu butter dan frankfurter lalu kacau rata hingga masak. Ketepikan




5) Cairkan 2 sudu butter.




6) Masukkan whip krim dan 2 cawan air. Reneh seketika,




7) Masukkan garam secukupnya. (mila letak 1 +1/2 sudu kecil)




8) Masukkan parmesan cheese. Perlahankan api. Kacau hingga tidak berketul.




9) Masukkan cendawan dan frankfurter tadi.




10) Masukkan basil. kacau rata.




11) Taburkan daun parsley.




12) Masukkan fettucine ratakan kuahnya. (fettucine kena rebus dulu bagi lembut yer)




13) Sedia dihidang. Macam mac and cheese gak ni pon sedap di makan panas-panas..
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.

Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram