Resepi Telur Matahari di Atas Awan Yang Tembam Dan Sedap

Resepi Matahari di Atas Awam Tembam!! (SbS)

Resepi & cara buat ada pada setiap gambar di bawah




Bahan-bahan yang diperlukan, telur (diasingkan kuning dan putih), roti sekeping, mayonis, kepingan ayam (optional) dan cili sos




Pukul putih telur tu dengan mixer (macam nak buat pavlova tu)... pukul selaju yang boleh... lebih kurang had limit 110 kmj




Seeee... seperti awan yang tembam.. ada lebih tu boleh disapu dimuka..

Ni putih telur sahaja tak campur apa pun..




Mayonis atas roti




Letak kepingan cheese, lepas tu tindih dengan sos




Kepingan ayam..




Letak sos sebanyak yang korang suka




Sapu awan tembam tu dan bulatkan tengah-tengah untuk letak kuning telur




Tabur lada hitam dan garam atau serbuk ayam untuk flavoring




BAKAR! HAHA...ikut kesesuaian oven masing-masing. Aku bakar dalam 10 min 180℃

Siappppp!!...


Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


Terbaru Lebih lama
Join us on telegram