Resepi & cara buat ada pada setiap gambar.
Ok ni dia terung kita..basuh bersih-bersih yer.
Potong terung ikut suka ati kita ye. Sy potong panjang-panjang camni senang nak ngap masuk mulut. Hihihi.
Bancuh tepung macam nak goreng pisang tu tapi arini saya try guna tepung ni. Bancuhan agak-agak je la jangan pekat @cair sangat agak boleh lekat kat terung dah lah
Masukkan terung tadi dalam tepung yang dah siap dibancuh..
Pastu goreng je dalam minyak yang dah panas.. tapi masa goreng tu slow skit api tu takut hangus pulak sebab terung ni cepat masak. Goreng agak-agak garing tu boleh la angkat & toskan minyak dia yer.
Yeah dah siap pun terung goreng tepung kita.. dah boleh ngap.
Makan panas-panas sedap & rangup+lembut
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..