Resepi Bihun Goreng Seafood Cik Madihaa

Bihun Goreng Seafood




Bahan2


1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan


200 gm udang ~ buang kepala & kulit


200 gm sotong ~ dihiris


1 mangkuk hirisan kubis


1 mangkuk potongan kubis bunga (cauliflower)


¼ biji cili capsicum merah ~ didadu


¼ biji cili capsicum hijau ~ didadu


1 cawan air


minyak secukupnya


3 sudu besar cili kisar


4 ulas bawang merah*


3 ulas bawang putih* (tumbuk bahan2 bertanda*)


2 sudu besar sos tiram


2 sudu besar sos cili


Garam secukup rasa





Cara Menyediakan


1. Panaskan minyak dan tumiskan cili kisar & bahan tumbuk sehingga wangi.




2. Masukkan udang & sotong. Masukkan air, sos tiram, sos cili dan garam secukup rasa.. (boleh rasa sikit samada dah cukup garam) kacau rata.




3. Masukkan sayuran (kecuali cili capsicum) kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata. Akhir sekali masukkan cili capsicum & kacau sebentar.




4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili &juga tauhu goreng.


Resepi : MaDiHaA aka Ratna





Terbaru Lebih lama
Join us on telegram