Resepi Biskut Kacang Walnut Lazat

Biskut Kacang Walnut

Bahan-bahannya :
150 gram mentega
200 gram gula perang
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
230 gram tepung gandum
20 gram serbuk koko
10 gram serbuk penaik
80 gram walnut cincang

Cara Membuatnya :
1. Masukkan mentega bersama gula perang ke dalam mangkuk dan pukul hingga kembang.
2. Selepas itu, masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik ke dalamnya dan gaul sehingga sebati.
4. Akhir sekali, masukkan kacang walnut ke dalam adunan tadi. Kacau rata.
5. Setelah siap, bentukkan adunan dan hias mengikut cita rasa dan bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 30 minit.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram