CHICKEN PIE ..
Bahan Pastri..
250 gm tepung gandum
200 gm butter - lembut
110 gm yoghurt
1 biji kuning telur
1 sudu kecil gula (optional)
Secubit garam
Cara..
- Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali yoghurt. Gaul sehingga menjadi crumble.
- Masukkan yoghurt dan kacau sehingga menjadi doh yang sangat lembut. Jika terlalu lembut, masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya sehingga menjadi doh.
- Simpan dalam peti ais selama 30 minit.
** Boleh juga beli pastri yang sudah siap di kedai..
Chicken Pie's Filling..
500 gm isi ayam - hiris kecil
2 sudu mix vegetable
1 bawang besar - potong kecil
4 ulas bawang putih - cincang
120 gm white button mushroom - hiris
2 sudu besar olive oil
Bahan untuk perap ayam..
1 sudu besar oyster sauce
1/2 sudu kecil serbuk perencah Secukup Rasa
Parsley flake
1 sudu kecil sesame oil
Sedikit serbuk black pepper
1 sudu besar tepung jagung + 3 sb air
1 biji telur - pukul (untuk sapu)
Cara..
- Panaskan minyak olive. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
- Masukkan carrot dan kacau rata sehingga separuh masak, kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi dan masak sehingga masak.
- Masukkan mushroom dan capsicum, kacau sebentar supaya tidak terlebih masak.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga pekat dan sesuaikan rasa.
Cara buat pie..
- Panaskan oven pada suhu 180°C.
- Ambil sedikit doh pie, canai dan potong panjang-panjang untuk disusun atas pai tadi.
- Sapu permukaan atas dengan telur yang telah dipukul tadi.
- Bakar pada suhu 180°C selama 35 minit atau sehingga pie menjadi kuning keperangan.
Credit: Azlita Masam Manis