Resepi Japanese Cotton Cheese Cake Mudah

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

BAHAN..

6 biji telur gred A@B (asingkan kuning dan putih)
60 gm self raising flour
20 gm corn flour
100 gm icing sugar
100 ml fresh milk
50 gm butter
250 gm cream cheese

CARA..

1 - Satukan cream cheese, butter, fresh milk dan cairkan menggunakan api yg sgt perlahan. Kacau sebati sehingga cream cheese td cair dan sebati menjadi adunan likat dan tidak berketul.

2 - Semasa dah suam sikit, masukkan kuning telur dan kacau sebati (pakai senduk je) dan masukkan tepung2 dan gaul sebati lg (jgn overbeat).

3 - Pukul putih telur separuh kembang, slps tu masukkan icing sugar dlm putih telur td sambil pukul sampai kental.

4 - Masukkan 1/3 drpd putih telur td dlm adunan, kacau sebati (guna senduk dan kacau 1 arah je), klu buat 2 adunan gunakan mangkuk besar, gunakan tgn utk gaul.
Kemudian masukkan lebihan putih telur td dlm adunan. Kacau sampai semua sebati (kaup balikkan).

5 - Tuang adunan dlm loyang yg dilapik dgn parchment paper @ kertas minyak (jgn gris loyang tersebut!).

6 - Letakkan dlm tray dan tuangkan air panas ke dlm tray tu (water bath).

7 - Bakar suhu 160°c selama lebih kurang 45 ke 1 jam atau sehingga bghn atasnya sudah kelihatan golden brown. Boleh juga diuji dgn cucuk lidi.

8 - Biarkan pintu oven terbuka sikit slps masak, slps 30 mnt br keluarkan (xnak kek tu terkena strok perubahan suhu).

9 - Bila dah betul2 sejuk br keluarkan dr loyang dan cuba goyangkan kek tu akan kelihatan bergegar.

** Lbh mudah dipotong jika sudah disejukkan semalaman ataupun dipotong menggunakan pisau yg direndam dgn air panas..
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram