Resepi Kek Pink Ombre
Bahan bahan
4 biji telur
200gm gula halus
1 sudu teh ovellete
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak masak/butter yg telah dicairkan
Esen vanila
Perisa dan pewarna
Cara buat kek pink ombre
Ayak tepung bersama baking pwder. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.
Masukkan tepung, mix sebati. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian di biarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan letak perisa yg disukai.
Gris loyang..kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15minit..kemudian tuangkan adunan yg kedua..kukus selama 10-15minit..akhir sekali tuang adunan yg ke3..kukus selama 20-25minit.
Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sederhana.