MrJazsohanisharma

Resepi Kambing Masak Kurma Viral




Bahan-Bahan Kambing Masak Kurma


1 kg daging kambing


1 senduk minyak


2 cawan santan pekat


3 biji cili hijau atau cili merah, potong dua


4 biji kentang, potong dadu besar


1 batang karot. potong dadu besar


2 biji bawang besar, belah 4


1/2 cawan air asam jawa


sedikit gula melaka


garam secukup rasa




Bahan untuk bancuhan pes (dengan air):


4-5 sudu besar rempah daging kurma


1 sudu besar jintan manis


1 sudu besar serbuk ketumbar




Bahan untuk tumbuk halus:


8 biji bawang merah


5 ulas bawang bawang putih


2 inci halia




Bahan untuk rempah tumis:


1 batang kayu manis


5 biji buah pelaga


2 kuntum bunga lawang


4 batang cengkih


2 tangkai daun kari






Cara masak kambing kurma:




Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan rempah tumis dan bahan tumbuk halus. Tumis sehingga naik bau dan kekuningan.


Masukkan bancuhan pes rempah, kacau dan masak sehingga pecah minyak. Tuang sedikit air jika rempah terlalu kering dan garing untuk mengelakkan rempah hangus.Masukkan kambing dan gaul sebati bersama rempah. 


Biarkan masak sehingga 5 minit dan tambah sedikit air hingga agak tenggelam daging kambing. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.


Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, karot, kentang, cili hijau dan bawang besar. Masak sehingga bahan tadi empuk.Masukkan pula gula melaka dan garam secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama nasi.



Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram