Sayur Bayam Tumis Air
Bahan-Bahan Sayur Bayam Tumis Air
1 ikat bayam, potong kecil dan asingkan batang yang lembut
3 biji bawang merah, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 sudu besar sos tiram
6-7 ekor udang, buang kulit
cili merah
garam secukup rasa
1-2 sudu besar minyak masak
Cara Masak Sayur Bayam Tumis Air
Panaskan minyak dan tumis bawang merah bersama bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan udang dan kacau seketika sehingga separuh masak.
Masukkan bahagian batang bayam dan masak sehingga lembut
Masukkan pula bahagian daun bayam serta diikuti air secukupnya.
Kemudian masukkan sos tiram, cili merah dan garam secukup rasa. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
Jangan masak terlalu lama kerana sayur akan melecur dan kurang khasiatnya.