Resepi Kek Gulung Keladi Lazat

KEK GULUNG KELADI

BAHAN UNTUK KEK :
100 gm tepung gandum
50 gm gula pasir
50 gm minyak masak
50 gm keladi pontianak | dikisar halus
25 gm santan pekat segera
40 ml air
2 titik pewarna merah muda
1 titik pewarna ungu
4 biji kuning telur
4 biji putih telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh krim tartar

BAHAN UNTUK INTI :
100 gm keladi pontianak | dikukus dan dilecek
50 gm santan pekat segera
100 ml air
1/4 sudu teh garam
20 gm tepung jagung
60 gm gula pasir
3 titik pewarna ungu
1 titik pewarna merah muda

CARA BUAT KEK :
1. Keladi dikisar halus bersama santan, air, pewarna merah muda dan pewarna ungu [BAHAN A].
2. Kemudian, masukkan minyak masak bersama BAHAN A dan kacau hingga rata.
3. Ayak tepung gandum dan masukkan gula pasir dan kacau rata [BAHAN B].
4. Tuangkan BAHAN A sedikit demi sedikit ke dalam BAHAN B serta kuning telur dan kacau hingga rata dan ketepikan [BAHAN C].
5. Pukul putih telur, garam dan krim tartar sehingga setengah kembang.
6. Kemudian masukkan pula gula pasir sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga kembang.
7. Tuangkan sedikit demi sedikit bersama bahan yang diketepikan [BAHAN C] sambil dipukul perlahan.
8. Selepas itu, tuangkan ke dalam loyang bersaiz 30cmx25cmx3cm yang telah dialas dengan kertas kalis minyak tanpa disapu mentega.
9. Masukkan adunan dalam ketuhar dan bakar selama 20 minit dengan suhu 190 darjah celcius sehingga masak.

CARA BUAT INTI :
1. Masak BAHAN UNTUK BUAT INTI dalam kuali tanpa minyak sambil dikacau kemudian sejukkan.
2. Selepas itu, sapukan pada kek dan gulungkan serta padatkan.
3. Kemudian, bolehlah dipotong dan siap untuk dihidang.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram