MrJazsohanisharma

Resepi Sunquick Moist Cake Sedap

SUNQUICK MOIST CAKE ..

BAHAN-BAHAN :

3 cawan tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat

** Satukan ketiga-tiga bahan, gaulkan sekejap & ayak..

4 biji telur gred A @ 5 biji telur gred B
2 sb parutan kulit buah sunkist
1/2 cawan sunquick (perisa OREN)
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayur @ minyak masak
1 cawan air panas 
Sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur @ oren

** Boleh kurang @ lebihkan sesudu dua gula @ susu jika nak lebih @ kurang manis.. 

CARA-CARA :

- Pecahkan telur, buangkan tali pusatnya supaya kek tak hanyir, so jika tak guna esen vanilla pun tak ape.. 
- Pukul telur + gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati..
- Jika adunan pekat @ berat untuk dipukul, boleh selang-selikan tepung dengan minyak. Buat hingga habis minyak & tepung..
- Tambahkan susu, pukul sekejap kemudian tambah air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin & tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati & adunan mengembang dan naik.. 
- Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist dan pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan bolehlah mula mengukus @ bakar..

** Sukatan satu adunan di atas utk sebiji kek bersaiz 8"x8" @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2"x6 1/2"..

** UNTUK KUKUS - jika guna tupperware plastik tahan panas, boleh terus tuang & kukus dengan api besar lebih kurang 25 - 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus)..

** UNTUK BAKAR - alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar dengan api atas bawah pada suhu lebih kurang 160-170°c, dalam 45 minit @ hingga masak & bergantung kepada jenis oven. Kalau nak kek lebih moist semasa dibakar, boleh alaskan tray kek dengan tray berisi air..

** Cucuk kek dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika keluar dan tak melekat kek dah masak dan bolehlah diangkat dan ready untuk dihias.. 

** Kek ni tak ada pengawet so, pastikan terus simpan dalam fridge untuk tahan lebih lama tapi make sure disimpan dalam bekas bertutup supaya still moist..
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram