Resepi Kek Lapis Pelangi Horlicks Cheese (loyang 7 inci)
250gm pure butter
1 cwn Tepung Gandum
1 cwn Horlicks
1/2 cwn creamer coffeemate
1/2cwn gula halus
5 biji Telur Grade A ( telur B - 6biji )
1/3cwn Susu pekat
1sudu besar ovelate
1 sudu teh esen vanila
200-250gm cream cheese
Pewarna
Susu segar secukup nya
Cara Buat Kek Lapis Pelangi Horlicks Cheese
1. Pukul butter gula & ovelate & cream cheese sehingga putih & kembang. kelajuan maksima.
2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan. Letak esen vanila
3. Masukkan susu pekat. Pukul sebati
4. Masukkan tepung gandum, horlicks, creamer. Kacau sebati
5. Bahagi kepada 2 bahagian:
👉 1 bahagian di biar plain
👉 1 bahagian dibagi lagi dan letak pewarna
6. Bakar selapis selapis sehingga habis
7. Suhu oven 170c ikut oven masing2x.
P/s: gandakan kalau nak buat banyak. Gunakan sukatan cawan matrik
Share resepi ni ye :)