MrJazsohanisharma

Resepi Ketam Telur Masin Viral

Bahan Bahan Ketam Telur Masin
10 - 11 ketam saiz kecil (kalau besar mungkin 4 ekor dah cukup dan kerat 2 setiap 1 ekor)
Sedikit kunyit serbuk
1/4 camca teh garam
3 biji kuning telur masin yang telah direbus, lecek hancur
1/2 biji putih telur masin yang telah direbus, lecek hancur
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi hijau, hiris
4 biji cili padi merah, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/4 cawan susu sejat
1/4 camca teh serbuk lada hitam
3 camca besar mentega


Cara Masak Ketam Telur Masin
1. Ketam dibuang kulit kerasnya, cuci bersih dan toskan. 
2. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
3. Panaskan minyak dan goreng terendam hingga garing, angkat dan toskan.
4. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit, anggaran 1 camca teh. 
5. Masukkan mentega dan biar mentega cair. Tumis daun kari hingga harum, masukkan bawang putih dan cili padi merah/hijau tadi. Kacau rata dan masak hingga layu.
6. Masukkan kuning dan putih telur masin, serbuk lada hitam, kacau rata dan tuang susu sejat. Masak hingga berbuih dan masukkan ketam goreng, gaul rata dan kecilkan api. 
7. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
8. Hidangkan segera.

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram