Resepi Kuih Badak Berendam Sedap


Bahan Bahan Kuih Badak Berendam
3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air jus pandan - (air + 4-5 helai daun pandan..blender..tapiskan)
Sedikit pewarna hijau.

Cara Buat Kuih Badak Berendam
1. Tuang air jus pandan perlahan - lahan ke dalam tepung pulut. Gaulkan sebati. uli - ulikan jadikan doh.
2. Bulatkan doh (besar ikut suka) kesemuanya.
3. Kemudian leperkan doh. Isikan inti kelapa atau inti ikut suka.bulatkan semula
4. Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde. Angkat dan jirus sekejap bawah air paip.Toskan airnya.

Bahan Bahan Inti Badak Berendam
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum

Cara Buat Inti Badak Berendam
1. Masak gula merah, gula melaka , air hingga larut..tapiskan
2. Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih.
3. Agak-agak nak kering. letak tepung gandum.gaul sebati

Bahan Bahan Dadih
5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras
8 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan..simpulkan
Sedikit garam

Cara Buat Dadih Kuih Badak Berendam
1. Sebatikan bahan diatas (akak blender)..
2. Masak hingga naik wap.sentiasa dikacau-kacau agar tidak berketul
3. Kacau sampai sedikit likat yang secukupnya.

Cara Hidangkan Kuih Badak Berendam
1. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi.
2. Sedia untuk dihidang

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram