MrJazsohanisharma

Resepi Kuih Lompat Tikam 3 Warna Sedap


Bahan Bahan Kuih Lompat Tikam

Pulut Hijau
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Lapisan Putih
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

Pulut Merah
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah

Kuah Gula Melaka
1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan


Cara Buat Lapis Hijau
1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. 
2. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.
3. Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.
4. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. 
5. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.

Cara Buat Lapis Putih
1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. 
2. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
3. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara Buat  Pulut Merah
1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur pewarna merah dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut.
3. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata.
5. Tabur sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. 
6. Siap untuk dihidangkan.

Cara Buat Kuah Gula Melaka
1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. 
2. Tapis dan sejukkan.

Cara Hidang Kuih Lompat Tikam
1. Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
2. Masukkan juga sedikit pulut merah.
3. Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. 
4. Akhir sekali, tuang air gula melaka.

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram