Resepi Kuih Sekaya Telur Tradisional Pantai Timur



Bahan Bahan Kuih Sekaya Telur




10 biji telur gred b/c


1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka


1/2 cawan gula


1 1/2 cawan santan pekat


Secubit garam


Sedikit esen vanilla





Cara Buat Kuih Sekaya Telur




- Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).




- Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.




- Tapis dan masukkan ke dalam loyang.




- Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat)




- Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk...




*Salah satu cara lagi...panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..


- tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja...tapis dan kukus...




Kredit : Imah Rahman

Terbaru Lebih lama
Join us on telegram