MrJazsohanisharma

Resepi Kuih Talam Lapis Sagu Lemak Manis

RESEPI KUIH TALAM LAPIS SAGU




Bahan untuk lapisan bawah bersagu :


2 cawan santan cair


1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar


1/2 - 1 cawan gula pasir


Sedikit garam Secukup rasa


pewarna merah secukupnya




Cara membuatnya:


1~ Sapu acuan dengan minyak dahulu


2~ Gaulkan semua bahan hingga sebati.


3~ masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.


4~ Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit..


5~ Baru kita cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu


6~ minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.


7~ Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu


8~ Letak adunan lapisan atas.


9~ Nota saya♡ Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dengan menggunakan api sederhana...


10~ Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata, Selepas itu kita masukkan dalam acuan kecil..


11~ Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit....




Bahan untuk lapisan atas:


3 cawan santan pekat


1 cawan tepung beras


2 sudu besar tepung jagung




Cara membuatnya:


Gaul semua bahan supaya rata.


Tapiskan kedalam kuali tak lekat non stick pan


dan kacau sebentar atas api


Apabila nampak pekat,tutup api dan tuang atas lapisan bawah tadi


Kukus lagi selama 20 minit




Tip: Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik



Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram