Resepi Mee Kuah Daging Memikat


Bahan Bahan Mee Kuah Daging
1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inch halia
2 biji tomato

Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan

Cili kering kisar 
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging 
Asam keping
1 tin tomato soup 
Susu pekat
Garam 
Gula
Ajinamoto
Sos cili

Cara Cara Masak Mee Kuah Daging
1. Didihkan air di dalam periuk,
2. Masuk daging/tulang serta rebuskan sekali kentang dan keledek
3. Setelah kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend.
4. Masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tdi, garam, pak aji. 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 
5. Setelah mendidih perasakan gula mengikut citrasa masing masing.Tambahkan sekiranya ingin kuah mi yang lebih manis
6. Siap.

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram