Resepi Kek Lapis Susu Dua Rasa Menarik


Bahan Bahan Kek Lapis Susu 2 Rasa
500gram mentega(boleh guna 450g)
3/4gelas gula halus
12biji telur
1tin rendah sri kaya
1tin rendah susu pekat manis
200gram milo
200gram horlicks
1 1/2 gelas susu tepung
1 1/2 gelas tepung gandum
Sedikit esen vanilla


Cara Masak Kek Lapis Susu 2 Rasa
1. Putar gula,esen vanilla dan mentega sampai kembang atau putih.
2. Masukan telur satu persatu dan putar sampai sebati.Masukkan susu pekat manis. Putar lagi.
3.Masukkan pula sri kaya dan putar sampai sebati. Kemudian masukkan susu tepung, putar lagi sampai sebati. Baru masukkan tepung. Gaul sampai sebati menggunakan senduk sahaja.
4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak. 
5. Bahagian 1 masukan Milo dan gaul rata menggunakan senduk.
Bahagian 2 pula masukkan horlicks dan gaul rata menggunakan senduk.
6. Untuk menghasilkan 4 lapisan. Bahagikan setiap adunan kepada 2 bahagian sama banyak.
7. Sediakan loyang 9x9.
8. Lapik loyang menggunakan kertas minyak. Kukus bahagian milo dulu,diikuti bahagian horlick,milo dan horlick.
9. Lapisan pertama kukus selama lebih kurang 1/2 jam. 
Lapisan kedua kukus selama lebih kurang 40minit 
Lapisan ketiga lebih kurang 1jam
Lapisan terakhir lebih kurang 2jam sampai masak..

Share resepi ni ye :)
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram