?KEK MINYAK
Bahan-bahan :
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
1sdb ovelatte
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum*
1sdk baking powder*
1sdk esen vanila
Pewarna pilihan
** Bahan ayak bersama
Cara-cara :
- Pukul telur, gula dan ovelatte sampai kembang. Masukkan esen vanilla, susu pekat dan minyak.
- Matikan mixer dan masukkan tepung yg telah diayak, kaup balik adunan.
- Bahagikan dan warnakan adunan.
- Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit (bergantung pd oven masing2).
** Panaskan oven 5-10 minit sebelum mmbakar. Jika kukus, kukus 45 minit api sederhana.