Bahan Bahan Kerang Goreng Berlada
1 kg kerang yang telah dibersihkan
1 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1/2 labu bawang merah ditumbuk lumat
3 sudu cili kisar
1 sudu sos cili
1 1/2 sudu gula
secubit garam
sedikit minyak
Cara Masak Kerang Goreng Berlada
- panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga kering.
- masukkan garam dan gula. Kacau
- Masukkan kerang dan gaul sebati hingga masak
- Masukkan sos cili dan gaul sebati.
- Siap untuk dihidang