Bahan Bahan Ketam Masak Cili Ala Singapore
2 ekor ketam
2 sudi cili kering
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur dipukul
1 biji bawang besar - mayang
Daun sup & daun bawang - tabur
Bahan kisar :
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
Cara Buat Ketam Masak Cili Ala Singapore
Bersihkan ketam. Tabur sedikit garam & goreng hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Tumis bahan kisar, cili kering
, sos tomato, sos cili & sos tiram hingga naik minyak, sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ketam, gaul rata dan biar masak sekejap. Tuang telur di sekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat. Tabur daun bawang & daun sup.. Siap
Selamat Mencuba π