Resepi Lala Masak Serai Cili Api

 
Bahan Bahan Lala Masak Serai Cili Api
1 kg lala (dibasuh bersih)
6 sudu besar cili giling
8 batang cili api ( merah + hijau) - ditumbuk kasar
4 biji bawang merah -dicincang halus
5 ulas bawang putih -dicincang halus
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar sos cili thai
3 batang serai -dihiris halus
2 batang daun ketumbar (hiasan)

Cara Buat Lala Masak Serai Cili Api
Mula-mula masukkan bawang merah dan bawang putih. Pastikan minyak dah panas
Bila bawang dah kekuningan, masukkan serai dan tumis lagi.
Masukkan cili api dan kacau sebati
Kacau sehingga naik bau serai
Lepas tu masukkan cili giling. Tumis sampai pecah minyak
Masukkan sos cili
Masukkan sos cili thai
Masukkan sos ikan
Masukkan sos tiram
Kacau sebati sehingga kuah mendidih
Bila kuah dah mendidih masukkan lala
Kacau lala sehingga sebati dengan kuah. Tak perlu tambah air.
Masak sehingga kuah jadi pekat. Jangan sampai kering.

Dah siap, selamat mencuba 😊👍
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram