Bahan Bahan Sayur Brokoli Cendawan Butang Masak Sos Tiram
4 jejari ketam (dipotong)
250 gm brokoli
1/2 biji lada benggala
1 tin cendawan butang
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang) 3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ¼ cawan air)
Minyak (untuk menumis)
Garam
Lada hitam secukupnya
Serbuk perasa
Cara Masak Sayur Brokoli Cendawan Butang Masak Sos Tiram
1. Bersihkan brokoli dan celur. Potong lada benggala dan celur. Toskan cendawan butang.
2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan jejari ketam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan cendawan butang.
3. Akhir sekali masukkan brokoli serta lada benggala dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah. Biarkan ia seketika di atas api.
4. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba..