Resepi Udang Nestum, Memang Rare!


Resepi Udang Nestum

Bahan-Bahan:

500gm udang saiz L
3 sudu besar mentega (buttercup)
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih (Dicincang Halus)
4 biji cili padi  (Dihiris Nipis)
2 biji telur (Ambil bahagian putih sahaja) **
1/4 cawan susu cair **
1/2 sdm tepung beras **
1/2 kiub pati ayam (Hancurkan) - Optional
1/3 cawan Nestum
Garam dan gula secukupnya
1sdth  Serbuk lada hitam kasar
Minyak untuk menggoreng

** bahan perlu digaul bersama sehingga sebati dahulu sebelum dimasukkan dalam kuali.



Cara Memasak:

1. Goreng udang yang telah dibersihkan dengan minyak sehingga keemaasan, angkat dan toskan.
2. Panaskan mentega. (kuali asing)
3. Tumis bawang putih, daun kari dan cili padi.
4. Kemudian bahan bancuhan (**) dan kiub pati ayam kacau seketika dan masukkan udang yang telah digoreng.
5. Tambahkan nestum, garam, gula, lada hitam dan kacau sehingga sebati.
6. Hidangkan mengikut kesesuian anda.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram