MrJazsohanisharma

Resepi Ayam Tandoori Mamak Muslim



Bahan:

1. Daging ayam yang perlu ialah 4 bahagian peha penuh. (anda boleh boleh dapati di pasaraya tempatan dengan harga Basuh dan buang kulitnya. Kelar dengan pisau yang tajam 3-4 pada daging yang tebal.
2. Untuk penerapan (marinate).
a. 1 tsp serbuk cili.
b. Sedikit garam (1/4 tsp).
c. 1 sudu perahan air lemon atau limau.
cara : Gaulkan semua bahan diatas dan sapu didalam kelaran-kelaran daging ayam, supaya penerapan akan berlaku lebih pada isi daging ayam keseluruhan.


BAHAN-BAHAN PERAP UTAMA:

1. 6 tsp Yogurt Asli (boleh didapati dengan berbagai tanda nama seperti Nestle dll.). Guna Yogurt yang pekat supaya campuran ini tidak berair. biasanya 1 sudu teh intuk satu peha ayam.
2. 2 tsp. campuran paste halia bawang putih. (5 ulas bawang putih dan 3 cm halia ditumbuk lumat atau dikisar).
3. 2 tsp serbuk cili atau mengikut kepedasan yang anda inginkan.
4. 1/2 tsp garam masala (boleh didpati dikedai rempah kalau tiada gunakan serbuk kari daging).
5. 1 tsp serbuk rempah (corriender powder) sekiranya tiada gunakan biji rempah, goreng tanpa minyak dan kisarkan).
6. 1/2 tsp serbuk lada hitam.
7. 1/4 serbuk kunyit.
8. 1 sudu tsp pewarna merah.


Cara masak resepi ayam tandoori

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas. Campuran perlu pekat sedikit. JANGAN TAMBAH AIR.

2. Selepas sebatikan dengan daging ayam. Masukan sedikit minyak masak. 2 tsp memadai. Peramkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum mula membakar.

3. Kebiasaan kita tidak mempunyai "Tandoor" atau dapus khas untuk membakar. Kita gunakan oven untuk bakar tandoori ini. Untuk membakar dalam oven kita perlu gunakan bekas. Melapikan bekas bakar itu dengan meletakan potongan carrot/ atau celery supaya daging ayam yang kita membakar itu tidak terlekat pada bekas bakar dan ada ruang di antara bekas dan daging ayam yang akan mengeluarkan air yang banyak.

4. Bakar selama 25-35 minit dibawah suhu 230 C. selepas 20 minit pertama perikasa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di atas permukaan ayam tadi untuk glaze. Masa masak terpulang pada saiz maka awas jangan sampai hangus.

5. Sekiranya anda punyai grill di rumah ayam yang telah masak di ketuhar/ oven boleh dipindahkan kepada grill untuk mendapatkan rupa pembakaran permukaan daging ayam yang cantik.
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram