Bahan-bahan:
Ikan pari siap potong - dilumur sedikit garam dan asam jawa
Bawang besar secukupnya - dimayang
Bawang merah secukupnya - dimayang
Sedikit bawang putih - diketuk
Sedikit halia - diketuk
Serai - diketuk
Sedikit lengkuas - dimayang
Cili kering - direndam dan dikisar dengan sedikit air
Santan secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa - boleh guna gula biasa
Tomato secukupnya
Cara buat ikan pari bakar:
1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa. Masak sehingga likat dan naik minyak.
3. Perasakan dengan garam dan gula merah.
4. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
5. Lapikkan dulang pembakar dengan aluminium foil atau daun pisang.
6. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar atas grillpan atau jaring pembakar-ikan bakar atau pun boleh bakar dalam oven sehingga masak. Sesekali lumurkan lagi sambal.
Cara buat air asam:
1. Ramas segumpal asam jawa dengan air masak.
2. Buangkan biji dan kulit asam dan ambil airnya sahaja. Kepekatan ikut suka masing-masing.
3. Bakarkan belacan kemudian tumbuk, campur sekali dengan air asam yang diramas tu.
4. Mayangkan bawang besar, buah tomato dan hiriskan halus cili padi.
5. Masukkan semua dalam air asam dan campurkan sedikit gula.