MrJazsohanisharma

Resepi Kek Coklat Indulgence Homemade


Resipi kek span coklat:
300g sponge mix coklat
300g telur
60g air
Sedikit esen vanila
60g minyak sayuran

Masukkan semua bahan kecuali minyak. Putar sampai gebu. Dah gebu baru masukkan minyak. Kaup guna spatula atau senduk. Dah kaup rata baru masukkan dalam loyang saiz 9". Bakar suhu 170' selama 40min. Yang ni kena kenal oven masing-masing ya..
Kek dah masak, terus keluarkan dari loyang.

Bahan untuk mousse coklat:
150g dark compound
300g non dairy whipping cream

Cairkan coklat guna kaedah double boil. Ketepikan.
Putar whipping cream hingga gebu.
Satukan dua bahan ni.

Bahan untuk mousse putih:
150g white compound
300g non dairy whipping cream

Sama juga kaedah macam mousse coklat ya. Cuma bila dah siap, bahagikan mousse putih kepada dua bahagian.

Dah siap semua bahan, bolehlah belah kek span tu jadi 4 bahagian.

Lapis pertama letak mousse putih, kemudian mousse coklat, ulang semula dengan mousse putih.

Bahan ganache coklat:
300g dark compound
150g whipping cream
1sb marjerin

Cairkan dark compound dan marjerin guna kaedah double boil. Dah cair baru masukkan whipping cream. Gaul sebati.

Dah siap semua boleh la hias ikut kreativiti masing-masing
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram