Resepi Kuih Cara Berlauk Awesome



Bahan bahan adunan tepung:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur (saiz b)
1 sudu besar minyak masak
2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam
2 titik pewarna makanan kuning
Cara cara:
Adun semua bahan hingga sebati. (Boleh gunakan blender, blender hingga halus)
Bahan-bahan lauk:
1 cawan daging ayam kisar
1 biji bawang besar- potong dadu kecil
1 biji bawang putih - mayang halus
1 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos cili
garam gula secukupnya 
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak (untuk menumis)



Cara cara masak kuih cara berlauk

1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kuning.
2. Masukkan rempah kari & sos cili.kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan daging ayam kisar, masukkan air secukupnya hingga daging ayam masak.
4. Masukkan garam gula secukupnya. Siap.
Bahan hias: 
Daun sup & cili merah besar yg diracik halus
Cara masak kuih cara berlauk:
1. Panaskan acuan kuih cara dengan api yang kecil. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
2. Masukkan adunan kuih ke dalam acuan sehingga 3/4 acuan (jangan smpai penuh). Biar seketika, hingga tepung sedikit keras (jangan sampai masak).
3. Masukkan 1sudu kecil inti daging ayam di tengah-tengah bersama hirisan daun sup dan cili merah. Tutup acuan dengan tudung periuk dan angkat kuih apabila sudah masak. (Anggaran 1-2minit)
4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga habis adunan.

*nota: Jangan lupa sapu minyak pada acuan supaya kuih cara tak melekat.
Terbaru Lebih lama
Join us on telegram