Bahan perap:
5 ekor sotong (dibersihkan & di potong kecil)
1 SK serbuk lada sulah
1 SK garam
Cara:
Gaul sebati sotong, lada sulah & garam. Perap 10 minit.
Bahan celup tepung:
1 biji telur
3 SB tepung gandum
1 SB rempah kari daging
1 SK serbuk lada hitam
1 SK serbuk lada sulah
1 SK serbuk penaik
1/2 SK garam
Minyak untuk goreng (deep fry)
Cara masak resepi sotong goreng ala wongsolo
1. Pecahkan telur dalam bekas, kacau hingga rata telur putih & kuning. Ketepikan.
2. Campur tepung gandum, serbuk kari, serbuk penaik,serbuk lada hitam, lada sulah & garam.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Celup sotong dalam telur, kemudian celup dalam adunan tepung (pastikan salutan rata). goreng dalam minyak yg panas selama 2-3 minit hingga tepung garing.
4. Angkat & toskan minyak. Siap sotong goreng tepung ala wong solo..
*nota: selain sotong, sesuai juga digantikan dengan udang/ikan