MrJazsohanisharma

Resepi Kuih Sago Lapis Indah



Bahan-Bahannya :

250 g biji sago, rendam 1 jam dan toskan
140 g gula halus
200 g kelapa parut, pilih kelapa yang kulit basah
1/4 camca teh garam halus
3 helai daun pandan, setiap satu disimpul
1/4 camca teh esen ros
1 camca teh pandan paste
Beberapa titik pewarna merah


Cara buat kuih sago lapis

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dengan aluminium foil, biar lebih sedikit, sapu sedikit minyak pada permukaan aluminium foil. Ketepikan. Panaskan juga kukus, balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas permukaan kuih nanti.

2. Gaul sago bersama, gula, kelapa parut dan garam hingga rata. Kemudian bagi kepada 3 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian dibiarkan putih, 1 bahagian dicampur dengan pandan paste, gaul rata dan 1 bahagian lagi dicampur esen rose dan pewarna merah, gaul rata.

3. Panaskan tin tadi dalam kukus selama 2 minit, masukkan sago bewarna hijau, ratakan, letak 1 simpulan daun pandan dan kukus 10 minit atas api sederhana.

4. Kemudian keluarkan simpulan pandan tadi, masukkan sago bewarna merah, ratakan dan letak 1 lagi simpulan pandan yang baru, kukus 10 minit.

5. Buat kaedah yang sama untuk lapisan terakhir (tanpa warna) dan kukus 10 minit lagi. Biarkan kuih betul2 sejuk baru dipotong, sapu pisau dengan sedikit minyak makan untuk mengelakkan kuih melekat semasa memotong....

Selamat mencuba!!!
Terbaru Lebih lama

Ulasan SSODD

Ulasan Ketuhar SSODD

Ulasan Pengadun SSODD

Ulasan Pembuat Roti SSODD

Apa Kata Pelanggan Kami

👩

Siti Nur Faizah

22 Jan 2025 ★★★★★

"Penghantaran pantas. Sentiasa memberi kemas kini proses. Maklumat terperinci. Ketuhar dan pengadun heavy-duty terbaik. Sangat disyorkan!"

👨

Rosiah Deraman

22 Jan 2025 ★★★★★

"Sangat bagus, tiada masalah langsung dan servis pantas."

👩

Zuhanis Zainul Abidin

27 Dis 2024 ★★★★★

"Mesin yang berkuasa, berfungsi dengan baik, dan sangat senyap."

👩

Naimah Ziadah A. Manan

12 Ogos 2024 ★★★★★

"Mesin ini memberikan vibe futuristik yang menarik ketika anda membakar. Servis selepas jualan terbaik di pasaran sekarang - lebih baik daripada Unox dan pesaing lain yang lebih mahal."

🔒

Ulasan Disahkan

Syarikat di Trustpilot tidak boleh menawarkan insentif atau bayaran untuk menyembunyikan ulasan. Semua ulasan yang dipaparkan adalah pengalaman pelanggan yang sahih. Lihat di Trustpilot

Sedia Mencuba Produk SSODD?

👉 Lawati Shopee Rasmi
Join us on telegram